Tuesday, December 16, 2014

Pureen Warehouse Sales November 2014

Assalam.

Lama menyepi. Bukan tak de cerita. Dah hujung2 pregnancy ni, ni je lahh citer yang ada. Takut korang bosan pulak. Bukan la nak menunjuk atau bermegah2 dengan rezeki zuriat yang diberikan tapi sekadar nak mengisi coretan kenangan kt blog sendiri. Jangan ngata i yer. Doakan utk i, i pun doakan utk uols. ;')

Sekian, mukadimmah utk kali ni.

Hujung bulan lepas aku berpeluang pegi Pureen Sales kat Shah Alam. Gigih tau makyong ni pegi. Guna waze bagaiii sebab jalan Shah Alam ktorg laki-bini memang failed!! Nak tanya Danish, lagi la!! Kah3. Ok. Tak kelako.

 Pestime pegi cni. Sebelum ni wat kat PJ--penah pegi skali je, ms peknen Danish dulu. Papa yang rajin pegi. Aku takde la gigih sgt nak bawak Danish kat tempat orang bersesak2 mcm tu ms dia kecik lagi. So, redho je tgk apa si suami beli.

Ktorg sampai depan pagar kul 10.10 pagi, tengok ada yang dah selesai membeli. Ehh..ehh..bukan bukak pukul 10 ke? Tak kan 10 minit je ko membeli? Ai is konpius =.=
Ke dah bukak awal tanpa pengetahuan aku? Ciss!

Dalam hati, "Oh..Lengang lagi, tak ramai la ni? Senang hati nak memilih". Tapiii..bila masuk je gudang, tanjat sangat tengok umat manusia. Tapi bagi aku, tempat ni sesuai la sikit dari kat PJ tuari. Lagi sesak kot kat sana dulu, ngan que nak bayar ntah mana hala. Stresss mak!
 Ni antara yang sempat di rembat. Tapiii ni belum tambah tolak lagi.
 Moh la kita bersila, pilih apa yang patut. Sambil duduk bersila tepi tu sambil tengok gelagat orang. Hekhekhek.

Mostly mommies dh rembat sume dalam bakul kat gudang n baru pilih2 kat sini. Haru! Kesian kat yang lain. Nanti aku citer kat ujung entry.

Ok, dah tambah tolak amik yang ni je.

 Dah memilih, hazab pulak nak beratur. Ramai betul orang.


Bujang ni bole plak die tido =.=. Bertabah la mama kene usung plastik beg ikea yang gabak tu. Papa dah kene dukung budak ni.


Lautan manusia. Kitorg kuar dari sini lebih kurang pukul 12 tengahari. Nasib jugak ktorg kira awal jugak. Masa nak keluar tu, pintu masuk dah tutup! Bila tanya kat guard kenapa, dia kata kat dalam dah jammed! Pfffttt..selamattt kitorang.

Sampai umah susun2 baju. 1 & 2 dari kiri tu RM3 sehelai. Bukan sepasang yer. Aku beli 22pcs sebab ada yang amik 2 baju (lengan pendek & pjg) n 1 je seluar. Yang 3 dr kiri RM8 sepasang. Baju lubang2 tu RM10 sepasang.


Towel 2pcs RM15, beli 2 pek. Baby Wipes RM 10 (besar) RM5 (kecik) Liquid Cleanser RM11 Baby Cotsheet RM....(xingat) tapi memang murah.


Tak dilupakan, sluar utk abg Danish. RM12 sajoo.


Baju ni 1 set RM18 utk abg Danish jugak. Satu baju lagi dah rasmikan, tak sempat nak amik gambar.

Bagi aku la, pureen sales ni memang berbaloi sgt2 pegi. Nak-nak memang ni yang aku tunggu untuk complete kan barang2 adik baby. Cuma agak terkilan dengan sikap segelintir mommies yang sgt selfish. Sorry to say. Masa aku sampai kat gudang tu, dalam bakul memang dah CLEAR! Yang dalam bakul RM3 cuma ada dalam 3-4 helai je. Tapi aku tengok, ramai lagi yang dok keliling bakul tu, may b dorang rasa pihak pureen akan tambah stok lg. Tapiiii nan hado. Aku amik la jugak mana yang ok tu pastu terus pegi kat tempat towel, blanket. Lepas tu pegi balik kat tempat baju2 tu. Memang tak de pun dorang topup. MAcam sedih sgt. Tak kan datang lambat sikit dah clear sume?

Pastu dapat call dr papa cakap kat luar ni banyak baju yang orang tak nak n tgglkan je. Terus aku kuar n tengok papa tengah pilih2 dr plastik beg yang orang tinggalkan. Lahaiii. Memang macam ni ke? Aku pun pilih je la dr ctu. Banyak jugak yang dapat. Memang amik dr situ je. Tapi sayang, ada jugak baju2 yang dah kotor--may b terjatuh sebab time tu baru lepas hujan. Yang dah kotor tu confirm2 la tak de orang yang nak kan. Cuba korang bayangkan untuk hari ke 2 apa yang orang dapat? Tak yah hari ke 2 la, petang2 sket, orang yang datang lambat sket. Tak ke dapat baju yang reject2? Kesiannn.

Tolong la timbang rasa sikit. Pilih la apa yang betul2 nak je. Kot iye pun tak nak, pulangkan balik, letak balik kat bakul dalam gudang. Ramai lagi yang menanti kat sana. Bukan nak salahkan pihak penganjur, takkan dorang pulak yang nak masukkan balik baju2 tu dalam bakul, dorang tu ada keje lain jugak. Gegege. Sekian, luahan perasaan utk kali ni. Sobs sobs sobs.


-Aku yang mengharapkan ada lagi improvement dari pihak penganjur-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah