Thursday, May 29, 2014

Frustrated!

Assalam.

Rase MALAS gila nak update entry baru. BESARRR betul KEMALASAN aku. Apa kes? Haduh. Entry Melaka dah bape kali aku simpan masuk draft balik. Upload 1 gambar, terus rasa nak termuntah. Aku tutup terus! Bertabah la wahai hati. ;'(

Aku nak ngadu kat korang, photobook yang aku wat 2 bulan lepas special edition pasal travel kami anak beranak dah musnah! Agaknya tu yang wat mood aku tingtong. Dari semalam lagi! Nak dijadikan cerita, aku buat 2 bulan lps dah nak abis kot, dalam 5 pages last pakai pixajoy yang free haritu. Minggu lepas aku tukar pc baru. Aku dah coopy folder yang ada suma projek tu. Tapi orang bijak lagi pandai, buat kerja memang tak nak tanya dulu kan? Haihh-->menyesal sendiri! Aku ingat ngan copy folder tu apa yang aku wat akan save! Macam hampeh! Nak pengsan aku bila bukak balik, tengokkk...ZERO! Zero ok!! Dah la skang ni aku malas gila plus kerja makin bertimbun. Aku rasa nak NANGESSS!

Tapi pagi tadi buat hati aku sedikit terhibur. TQ si penyampai khabar gembira! I lapp yuuu. Huhuhu. Apa kes?? Ini ada kaitan dengan apa yang akan aku wat Sabtu ni. Tunggu ya! Kalau dah tak sabar sangat bole add i kat ig @dalila_hijabwardrobe atau fb @Nur Dalila.

Friday, May 23, 2014

Satu entry macam-macam cerita..

Assalam.

Huuwwwaaa. I nak nagesss yuu. Kebizian to the MAX! Bukan bizi apa, keje bz jugak. Banyak benda aku nak share tapi masa macam tak mengizinkan. Aku tengah dalam proses mencantik2 kan blog online bisnes haku. Upload gambar bagaii. Haduhh. Lemah semangat denn. Dengan Fan Pages fb tak settle lagik. Haduh (lagi skali). Tapi takpe, untuk mencari sesuap rezeki (mihmin) akan ku usahakan. Nanti korang bole tengok klik bawah ni ok? Kalau sudi follow la yer. Peliss. Hikhik. Sayyyyannnggg korangggg!!



Lagi satu, aku tak sempat lagi nak tulis pasal review hotel kat Melaka haritu. Kelmarin aku ada tengok kat Groupon ada offer hotel tu. Tapiiii siyes besttt. Korang tak kan menyesal. Murah pulak tu. Weols tak dapat pun harga tu dulu.

Avillion Legacy Hotel Melaka 
Korang cari kat en groupon hotel ni yer. Memang terbaekkk. Bfast pun bole makan macam2.

Aku nak cerita pasal Danish kat taska. Tapi 2 minggu lepas henset kesayangan aku hang banyak kali (tensi) sampai paksa aku format 2 3 kali. Gambar pun ntah mana2 hilang. Mintak2 la ada save kat laptop kat umah (aiseyy). Tapi uols, i dah ada pengarang jantung yang baru ok. Hikhik. Bye2 note 2! Apa2 pun jasa anda selama ni tetap dikenang!! 

Bai korang!

Sori. Masa tak mengizinkan!


Tuesday, May 20, 2014

Minum Petang @ Cendol Durian Borhan, Dengkil

Assalam.

Korang gi mana weekend lepas? Pegi tak tengook Redbull Air Race kat P6 tu? Aku tengok dari atas PICC je. Tak yah beli tiket mahal2 pun dapat jugak tengok. Tapi 2x pusing PICC tak de parking. Tengok dr dalam kete je. Jadilahhh. Hak3. Last2 ada helicopter nak landing. Dok kat ctu je la bg Danish tengok. Bukan mahen excited! Lepas tengok Redbull Air Race dari jauh, weols pegi sini..

 Cendol Durian Borhan

Ala-ala Old Town White Coffee pulakk. Siap kena tulis order nanti dorg collect.

Cucur Udang - marbeless, garing, sos pun enak bangatt.

 Keropok Lekor - Sedapp sebab goreng panas2 sama jgk dengan cucur udang tu.

Ni aku punya. Cendol biasa je sebab aku tak makan durian. Ntah nape, tak kena sebenarnya ngan tekak aku tapi aku pelik tengok orang makan bukan main lagii. Cendol buat sendiri. May b letak dalam freezer kot jadi macam cendol ais. Ngilu gigi! Haha. Gula pun rasa macam lain macam. Pendek kata, tak kena la ngan tokak den ;D


Akhir skali, jantung hati i. Macam2 perangai pulak skang ni. Haiihhh.

# Entry pendek. Bz sket skang ni. Nanti aku BW korang ye. Bai






Wednesday, May 14, 2014

Jalan-jalan Bandar Melaka

Assalam.

Memula ingat nak review pasal hotel. Tapi macam tak best pulak cepat sgt kuar. Ok la. Next entry citer pasal hotel. Petang tu lepas checkin lepaks bilik je. Kul 4 camtu aku dah mula naik bosan. Danish pun taknak tido, terus ajak papa kuar. Papa pulak "Lahaii..kalau tak nak dok bilik baik carik hotel yang RM60 je". Akhirnya papa akur kehendak isteri dan anak. Yeahh..*lompatbintang* ;D

 Yeahhh..ready for outing. Dalam lif pun jadik!

Jalan-jalan pusing Melaka sampai kat kawasan bangunan merah (Stadthuys) park kete ctu then jalan kaki. 


Sian budak ni. Pakai baju tido je. Ingatkan nk pusing2 je tak turun kete. Konon nanti nak trs gi makan la malam kang. Sekali tgkk mcm best je kalau dapat jenjalan kat sini. Tu yang turun.

Duduk2 kat sini sambil tgk ragam tourist. Hakhak. Poyo sgtt. Ok lupa nak bgtau aku dah try cendol yang jual kat seberang jalan tu. Yang penah masuk JJCM tu. Huhu. Sodapp. Beratur nak beli.

Mamat ketapi. Pantang nampak ketapi. Siap lamabai mama nak naik ketapi tuuu!

Terbaekk ok?

Mamat kapalterbang jugak. Pantang nampak 2 bende ni! Kot besar nak jadik pilot, sejuk perot mak kau nakk ;D

 Weols jalan kaki sampai Dataran Pahlawan.
Ini la sebenarnya tempat tujuan ahkak. Ahkak nak carik belacan. Ahaks! Makcik2 sgt tak gi sopping carik belacan? Kau hado? Kikiki.

Dah beli belacan masuk plak shopping mall kat Dataran Pahlawan tu. Sekali tengokkk. PDI Sales yawww! Hahaha. Kat Alamanda aritu dah beli, kat sini lagi meriah kau! Banyak gila choice. Baju budak2 brand KIKO pun hado. Ok kali ni shopping baju Danish pulakk. Sian dia. Asik mamapapa je.



Gila punya SALES.

Tengokkk..anak ahkak pun dah rambang mata tengok spec ~.^
Kahkahkah

Akhirnya itu yang jadik pilihan. Mama is PASRAH! Hahaa.
VINCCI pun murah2 giloss. Bawah RM 20 pun hado!
Dah puas jenjalan weols makan kat sini je teros. Fastfood je. Sebab nak fast. Kekeke. Nama restoran fastfood dirahsiakan. Ahaks!
Ok la. sampai sini je. Sori ye korang entrypjg wlupun arini Rabu. Aku dah taip separuh haritu tapi tak sempat abis. So terpaksa publish harini.
Bai.
-xoxo-

Monday, May 12, 2014

Happy Mothers Day ;D

Salam Isnin blogger!

Aku rasa belum terlambat lagi kot utk ucapkan Selamat Hari Ibu utk semua Ibu2, Mama2, Umi2, Mummy2 sekalian. Yelahh, hari2 pun hari ibu ken kenn?

Malam sebelum Hari Ibu tu ktorg 1 family celebrate kat 1 kedai makan ni kat Kg Baru. Tapiii entry akan menyusul nanti. - Ok, wat masa ni dah utang banyak entry. Entry Melaka aritu pun dah ke laut. Haila masa, kenapa la kau sgt mencemburui aku?
 
Ok la korg. Jap lg In sha Allah aku dtg melawat. Bai.

 Kek utk Hari Ibu dr @sweettoothville (IG)

Wednesday, May 7, 2014

# Wordless Wednesday # Asam Pedas Power @ Melaka

Assalam.

Seperti yang dijanjikan, aku nak menjemah kat korang tempat makan Asam Pedas yang best kt Melaka. 1st aku pegi masa 3 tahun lepas ngan sume family aku, mak, abah, abg n kakak2 aku. Kitorg dok homestay kat Ujung Pasir masa tu. Brader homestay tu la yang bgtau asam pedas sedap kat ctu.

Ni la diaa.. Asam Pedas Pak Man
 Gambar tak berkualiti *gambar dari sisi tepi kedai*

Ok..ni gambar 3 tahun lepas dari depan. Kalau dr Jalan Ujung Pasir tu gerai sebelah kanan. (jalan oneway). Nak senang lagi cari je Arenna De Luxe Boutique Hotel. Gerai sebelah je ngan hotel.

Masa weols sampai dah full house ok..sebab time tu around pukul 2 lebih. Time sume orang tgh lapar2. Kekeke.

Tanda 'Jalan-jalan Cari Makan' dah penah sampai sini ;)

Nasi ni set ngan asam pedas. Ikan bole pilih nak ikan apa.

Ikan sembilang ni untuk papa. Aku tak makan sgt ikan ni. Tapiii ikan keli makan. Paberet tu. Hikhik

Ini untuk i -- ikan kembong

Pastu weols tambah amik telur dadar je. Sebab kenyang lagi makan kat hentian Ayer Keroh tu. Ada banyak lagi ikan lain yang bole pilih, Tenggiri, Jenahak, Pari. Murah je ok makan kat sini. Untuk set ni RM 5-6 je.

Ehh..ehh..arini rabu ye?Opss..opss..soriii. Ok wordless. Sampai sini je ye.

Next entry citer pasal hotel pulak ye.

Ok bai.


Tuesday, May 6, 2014

Jalan-jalan Zoo Melaka

Assalam.

Hai koranggg..

Arini nak citer pasal aktiviti weekend yang lepas. Sebelum aku lupa itu ini, baik tulis terus ;D

Buat yang dah fren kt fb, ig ada yang dah tau aku pegi Melaka Sabtu Ahad yag lepas. Buat yang taktau meh cni aku bgtau *dalam nada gediks* Hikhik. Nape pilih MELAKA? Ok, 1 sebab dekat. 2 sebab tak banyak guna duett. Hakhakhak. Short n saving vacation gituk. Since papa dah tak leh nak cuti kite gi je la weekend. Dah la vacation gi Langkawi terpaksa di cancel! Huwaaa. Nak nagess rasa. Tapi tak pe la. Ada yang lebih baik menanti. Opss, bukan cancel! Postponed..postponed! Lepas raye baru bole pegi. Haihh..tersalah cakap matik aku kena saman ngan bigbos. Kekeke.

Plan dah lama nak bawak Danish naik bas. Kononnya nak gi Melaka kali ni naik bas la sebab adik papa (my BIL) study kat Melaka, so kalau dah sampai melaka pinjam kete dia je la nak jalan2. Sonangg! Tapi bila skang ni macam2 tragedi bas yang dah jadi, aku jadik fobia nak naik bas. Aku tak mau amik risiko! Risiko yang pertaruhkan nyawa orang2 yang aku sayangg *touching*.

Sabtu lepas, seawal 9.15 pagi (tu pun kira dah lambat) ktorg gerak dr umah dgn perut yang kosong. Hakhak. Sampai kat Hentian Ayer Keroh baru bfast. 

 Bigboss dok belakang sambil tgk bideo.

Destinasi pertama ktorg -- Zoo Melaka!!

Harga Tiket Zoo Melaka :

Dewasa : RM 16.90
Kanak - kanak (4-12 tahun) : RM 6.80
Warga Emas & OKU : RM 6.80

Untuk Night Safari pulak operasi hari Jumaat, Sabtu n malam sebelum cuti umum/cuti sekolah. Masa 8-11 malam.

Sementara tggu papa beli tiket Danish posing dulu!

"Ok, ni bukti saya dah penah sampai Zoo Melaka"


Mama : ok dikk..ni giraffe. Leher dia panjanngggg.
( Ciri haiwan tu penting ok? ;D )

Mama : Tu badak..besar kan?

Depan kandang Badak Putih.

'Bestfriend'

Ok, peluh jantan dah mula menitik. Haha. Papa ajak naik Tram tapi aku tak nak, aku pkir, kalau naik tram xleh nak tunjuk kat Danish 1-1 binatang. Lain la kalau dia berenti kat setiap kandang. Memang takkk la kann?

 Budak penakut. Tengok dari jauh je berani. 

Zirafah

Macam2 binatang yang ada, kalau aku tunjuk 1, 1 korang pulak naik bosan kang. So, random sajow la ok?

Ok ni siyes limited edition. Memang tak de kat zoo-zoo lain. Kiut tak kiut tak? Hakhakhak!

Kat zoo ni elok pulakk dia nak berpimpin tangan bagaii. Slalu jangan harapp lah! Takut punya pasal. Gegege.

Bila mood manja dia datangg..hadoii..tak terlayan. Macam2 style. Haa..nampak tak towel kecik yang aku pegang tu? Aku pegang satu, papa pegang satu untuk lap peluh masing2. Habis basah towel aku, papa punya towel pulak lencun! Hahah. So.. sedikit tips utk korang, kalau nak pegi zoo baik pegi awal2 pagi jgn jadik macam ktorg, matahari terpacak atas kepala baru terhegeh2 nak pegi. Lagi satu pakai flat shoes ok? No wonder kalau uolss dah biasa ber high heels. Nak lagik senang naik je Tram. Duduk sajow! Lagi sonang! Eheh!

Gajah

Ok selesai dah melawat kat zoo melaka. Tapi aku macam frust sket. Banyang sangat kandang2 yang takde binatang. macam sangkar2 burung sume tutup! Sangkar haiwan reptilia pun tutup. Pendek kata, banyak yang 'Close for renovation' 'Work in progress' 'Temporary Out of Stok' opss tu bukan. Hahaha!

Lepas ke zoo ktorg pegi makan pulak. Dah ke Melaka, tak sah la tak kena Asam Pedas Melaka kan? Alamak haii.. Teringat chef zaza punye masak asam pedas! Tengok gambar aku dah kecor ailio. Ok tengahri tu ktorg pegi makan kat Restoran Asam Pedas yang paling best kat Melaka. Ni orang melaka sendiri yang recommend ni. Kalau dah org melaka sendiri yang ckp, korang bole bayangkan la mcm mana kan? Ok, next entry ye.

Bai.













Monday, May 5, 2014

Blog Makeover ;D

Assalam.

Ehh..ehh ehh..leklu..leklu.. betol la blog aku ni. Hahaha. Nampak? Nampak? Poyo tak iteww? Kah3. Alhamdulillah blog telah berjaya MAKEOVER ;')))

Terima kasih pada yang bg idea kat sini haritu. Tapiii i bukan aje tukar header. 1 blog berubah wajah. Kekeke. A big TQ to fiza dr blog sihatimerah jambu. Memang SUPERB!! Korang kalau berminat bole contact fiza ok?

TQ fiza sebab tahan melayan karenah ahkak ni. Hihi. Nak hitu nak hini. Dalam masa sehari je tau sume SIAP! Pantas yuu. 

Ok la korang. Letih semalam pun tak terubat lagik. Buat yang fren kt fb n ig tau la aku pegi mana weekend lepas. Nanti aku update kat sini ok?

Ni budak yang menangis masa antar taska pagi tadi. Pfffttt. Dah upah mandi swimming pool pun xjalan jugakk. Adoii.

Tudung Bawal Printed Ready Stock

All Ready Stock
Update 6 Mei 2014

Bawal Printed
Bidang : 45'
Material : Cotton senang bentuk
Price : RM12.00 excluding postage


A1 - Available
A2 - Sold Out
A3 - Sold Out
A4 - Sold Out
A5 - Available
A6 - Sold Out

Bawal Printed
Bidang : 45'
Material : Cotton senang bentuk
Price : RM12.00 excluding postage
B1 - Sold Out
B2 - Sold Out
B3 - Available
B4 - Booking
B5 - Available
B6 - Sold Out
B7 - Available

Bawal Printed
Bidang : 45'
Material : Cotton senang bentuk
Price : RM12.00 excluding postage

D1 - Sold Out
D2 - Sold Out
D3 - Available
D4 - Available
D5 - Available

Bawal Printed
Bidang : 45'
Material : Cotton senang bentuk
Price : RM12.00 excluding postage
C1 - Sold Out
C2 - Sold Out
C3 - Available
C4 - Sold Out

Bawal Printed
Bidang : 45'
Material : Cotton senang bentuk
'Can use both side'
Price : RM12.00 excluding postage

Can use both side

E1 - Sold Out
E2 - Available
E3 - Available

E4 - Available
E5 - Sold Out

F1 - Available
F2 - Sold Out
F3 - Available
F4 - Available
F5 - Available

 G1 - Available
  G2 - Available
G3 - Sold Out


H1 - Available
  H2 - Available
H3 - Available

   
Buat masa ni tinggal yang ni je. Add RM6 (SM) n RM10  (SS) for postage.
Berminat bole WhatsApp 0133564454

Untuk update terkini boleh ke blog baru saya di Dalila Hijab Wardrobe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah